Wednesday, August 12, 2009
Project bulan July
Lamanya rasa tak update. Laaa....lebih sebulan dah rupa nya. Malas nak tulis sebenarnya. Layan tengok gambar jer la.
Special thanks to my marketing person - Anim yang banyak dapt oder dari office mate dia.
Monday, June 29, 2009
Shah Kawen
6th June Shah kawen ngan Wani. Shah tu sepupu Min. Abah Min ada adik kembar. Adik kembar dia kawen pulak dengan adik Mummy. So camner tu? Kitaorang declare adik beradik jer la. Senang cerita.
So kek ni kiranya sedekah untuk hantaran. Seperti biasa kek lapis prune. Tema warna coklat. Sebab malas nak bancuh warna coklat, tu cover ngan putih. Lepas tu blank nak buat camne. Idea ni dengan kerjasama Put, jadi la "Fall in Kemaman". Ingatkan nak longgok jer, tapi Put nak susun gini gak.
Shah kata best. Lenkali nak order lagi. heheh.....order jangan tak order.
Happy Birthday Abengah
Mie bertunang
Cuppies utk Mie (adik kepada adik ipar Min). Tema purple untuk majlis pertunangan. Dalam Red Velvet yang tak jadi...heheh....warna tak merah sangat. Tension betul. Nak letak banyak takut tak sedap. Rasa ok jer. Hmmm....kena cuba lagi ni.
Thursday, June 18, 2009
Kek hantaran dan cuppies untuk Sha
Lama dah tak update.
Kek untuk pengantin lama. 2nd May 2009. heheh...baru update ari ni. Sha request kek lapis prune untuk hantaran dari pihak lelaki ke pihak perempuan dan cuppies untuk makan beradap.
Warna tema, maroon dari pihak lelaki dan pink dari pihak perempuan.
Cuppies untuk tier atas sekali ni pakai fondant. Saja je nak habiskan fondant yang ada.
Thursday, April 30, 2009
Thursday, April 16, 2009
Happay 2nd Birthday Areej Alayna-16 April 2009
Hari ni birthday Areej. The only daughter. Tiga-tiga hero dilahirkan cesarean, Areej pun ikutla lahir ikut tingkap. Masa mengandung memang takde masalah langsung. Areej memang anak yang baik. Sebelum cukup 2 tahun, Areej dah tak nak pakai pampers. Dia tau mak dia selalu sengkek...heheh.
Dedicated to Areej Alayna.
Mak sayang Areej. Happy Birthday sayang.
An Angel Left Her Wings -(ciplak punye poem)
I have this little angel. For me she left her wings.
She has no idea how much happiness she truly brings.
She brightens up my days with her smiles and her laughs.
She helps me to remember all the blessings that I have.
Her face, it is so perfect, she's sweet and soft and pure.
Sometimes she can be willful and sometimes she is demure.
She tries her very hardest to please and do what's right.
She gives the greatest hugs from morning until night.
Every person that has known her sees this light within her soul I know that in this whole great world, she has a special role.
She wants to do all that she can; she wants to do her part.
She'll squeeze away the sorrow and make me forget about my pain.
She shows me where the sun is when we're hiding from the rain.
I know that God must love me, He showed me with His Grace I knew just how completely when I saw my angel's face.
And in that very moment when she came into my world, I knew that she was so much more than just my baby girl.
She would be my sunshine, with a sweetness that won't end.
And when she grows up one day she would be my closest friend.
She would be the reason I would always try my best.
For my little angel baby girl would be my greatest test.
When God entrusts to you an angel, who has left her wings for you. Encircle her with love with everything you do.
Let her know God made her, and that He trusts you with her care.
Be sure to make time for special moments with her to share.
And when at night she finally says her prayers and goes to sleep I Thank Him for my angel, and ask for him to always keep A watchful eye and hand to protect her from this world.
Protect my little angel; protect my baby girl.
Mak doakan Areej akan menjadi muslimah yang hebat satu hari nanti. Ace to be....
Sunday, April 12, 2009
Kenapa.....
Kekadang terfikir kenapa la nak terjebak dalam kancah buat kek ni? Nak tambahkan pendapatan? Tak juga. Tapi kenapa yek?.......
Entah la. Bak kata Cikjija sepatah, lepaskan tension lepas penat kerja. Betul gak. Tapi ada lagi yang Min tak dapat nak jelaskan kenapa....
14th Feb 2009, birthday Ariff. Me, Aiman dan Aqiel bertungkus lumus menyiapkan kek Sinchan ni. Heheh.....bole la. Janji Ariff suka.
Moral dari cerita diatas, ada beberapa perasaan semasa dalam pembuatan kek ni. Dan disebabkan perasaan itulah, Min tak jemu-jemu lagi membaking kek ni. Masih melakukan kesalahan. Masih cuba membaiki skill yang tak seberapa. Masih dan masih lagi.....Pendapatan? Itu perkara kedua.....
Friday, April 10, 2009
Anak punye pasal
Anak-anak asyik komplen je. "Asyik2 mak buat kek keras. Kitaorang tak bole makan." Buat la kek spiderman ke, batman ker....amboi, demand pulak budak ni. Mak dia dah la brutal lagi keras tangan. Buat cupcake pun syok sendiri je. Senget sini sana.
Kesian pulak kat bebudak ni. Kek fondant biru ari tu pun sampai sudah tak dipotong. Siap letak dalam almari lagi.
Join lagi kelas sifu Zati hanya untuk puaskan hati anak. Kali ni ada geng, cikjija. Sweet orangnya. Kelas cartoon artwork. Sebelum belajar, ingatkan freehand lukis atas kek. Lepas dah tau teknik yang Zati ajar, laaa....senang je rupanya. Senang pun senget jugak kek Ben10 dikerjakan oleh Min. Tengok, ambik gambar pun sengget. Trademark tu.
Zati oh Zati.......
Balik dari kelas Lynn, semangat meluap2 nak buat cupcake. Tapi tak suka buttercream. Sememeh, lagi pun malas nak basuh bekas. Alasan. Kononnya terminat la kat fondant and gumpaste.
Sifu yang menjadi mangsa seterusnya sapa lagi kalau bukan Zatidhati.
Masa mula-mula call Zati, tak mesra alam langsung. Tapi gagah kan jugak sebab kelas Zati dekat je dengan Kuantan. Cakap punya cakap ngan Zati ni, boleh tahan gak ramahnya dia ni. Dah la tu, ada talian sedara pulak. Alhamdulillah.
Bila dah jumpa rupanya homeh(peramah) jugak si Zati ni. Dengan di layan oleh anak dara dan anak terunanya, berjaga gak habiskan kelas ni. Anak Zati lagi terrer dari Min tau...berseni je tangan diaorang.
Kelas yang Min mintak, 1 fondant kek + 3 biji cuppies (punye la taknak nyusahkan cikgu, cupcake bawak sendiri. Maklumla cikgu tengah sarat). Belajarla cara2 menguli fondant ngan gumpaste. Best gak kelas ni. Macam main plasticine kat sekolah dulukala. Sengaja bawak cupcake lebih2, terlajak la si Zati mengajor. Dapat la 2 extra ....heheh
I never thought that love shape can become lily flower. Ajaib rasanya bila dah jadi gini...isk isk isk
Monday, April 6, 2009
Cuppies la pulak
Dalam kegilaan meninjau Kek Lapis Sarawak dalam blog-blog seperti Bro Rozan, Dayang dan lain-lain lagi, terjenguk la pulak gambar2 cuppies yang cute miut. Dalam hati kata, boleh ke aku buat? Nak cubala......
Sifu yang menjadi pilihan, sapa lagi kalau bukan si Lynn. Itu pun sebab komen2 yg mengatakan dia ni sabar orangnya. Maklumla anak murid ni lembab lagi keras tangan. Lagipun entah mengapa Min tertarik sangat pada kek si Lynn ni.
Bermulalah sejarah bila Min terpaksa drive dari Kuantan awal pagi sebab kelas start pukul 11.00Abah jadi bodyguard hari ni. Takut anak dara dia travel sorang2 (eh...anak dara ke?). Tenkiu ye abah...
Sampai ke Keramat (sebab area Keramat je yang terrer), ambik ibu pulak. Ibu ni dah kira macam mak sendiri. Ibu terrer buat roti tau. Lepas pencen ibu buat la roti kecil-kecilan kat rumah. Saja je ajak ibu join kelas ni, mana la tau rezeki dia boleh berkembang pulak. Nasib baik anak teruna ibu tolong hantarkan ke Sg Buloh, kalau tak tak tau la sampai atau tidak kerumah Lynn.Punye la jauh.
Sampai rumah Lynn, kitaorang disambut mesra dgn Lynn. Alahai...kecik molek orangnya. Lemah lembut je. Memang penyabar orangnya.
Tengok tu...tak berseni sungguh...comot kek yang cute ni
Buat simple camni pun entah berapa kali Lynn reject. Sampai kena buat reverse pusing baru jadi
Cantik kan? kiranya berpuas hati la dapat belajar dengan Lynn ni. Perasan tak kebanyakan swirl tu ada senget sikit? Itu dah entah yang keberapa baru diterima oleh Lynn. kalau tak reject memanjang....
Wednesday, April 1, 2009
Introduction - Part 02
Bila dah ada part 1 mesti la ada part 2 kan....
Lepas dah belajar sekali buat kek lapis Sarawak ni, rasa best la pulak. Sekali lagi Kak Ros buat kelas kek lapis. Tapi kelas ni sedih sket. Mula2 ada 5 student last minute tinggal 2 org jer. Tu la bahana nya tak ambik deposit dulu. Ingat tu sapa2 yang buat kelas, collect deposit dulu.
Sian Kak Ros. Nak tak nak kelas tetap diteruskan. Nasib baik ada student yang best macam Min...heheh angkat bakul lak. Kelas pukul 2 petang, habis dalam pukul 7 petang. 4 biji kek lapis tau.
Ni nama dia Kek Lapis Pandan. Layan gambar je ye. Kek ni best sangat sebab ada pakai santan serbuk dan bau pandan dia....harum. Mummy pun suka sangat. Selalu gak buat sebab senang banget gitu.
Dan yang terakhir ni Kek Lapis Keju dan Prune. Marvelous wa cakap lu. Rasa lemak2 keju dan masam manis dari prune. Sedap la sangat. Dah buat beberapa kali dan hasilnya memang tak mengecewakan.
Wednesday, March 25, 2009
Introduction - Part 01
Sebenarnya Min bukan miiiinat sangat membuat benda-benda yang leceh atau remeh macam buat kek ni.Tapi semuanya berubah bila Min didatangi oleh seorang hamba Allah yang sangat Min respect - Kak Rose.Kak Rose yang hanya kebetulan singgah di office untuk membeli tiket penerbangan ke Sarawak. Entah mengapa mulut ni ramah sangat nak interview Kak Rose sampai terbongkarlah rahsia dia mengajar cara membuat kek lapis Sarawak. Hmmmm...rasanya macam senang je nak buat. Tanpa fikir panjang terus setuju nak join kelas.
1st class, buat 3 jenis kek lapis Sarawak n 1 jenis kek kukus. Masa bancuh 1st kek dah terasa cuak. Betul ke aku join kelas ni. Ada 3 student yang lain , Kak Su n kawan dia dan kak Mah relax jer. So pujuk je la hati ni.
Ni 1st cake. Nama dia Kak Rose dah modified jadi Kek Lapis Liontin. Tapi bila tgk blog Dayang, nama lain lak. Tak kisahla kan. Ntah dari mana dia ambik nama tu. Sangat susah nak buat. Kena potong la, belah 2 la. Lepas tu cantum lagi. Bila part potong dan cantum kek, hati dah berbelah 6, 7 , 8. Nak terus ke nak blah. Nak-nak pulak time cantuman Min di reject. Ada terputus la, salah pusing la. Sah....salah masuk kelas. I'm not suppose to be in this class. Time tu rasa macam nak lari dari kelas. Kak Su asyik gelakkan Min je. Tepikir lak rugi kalau quit. Redah je la.
2nd cake senang sikit. Dah boleh eksyen sebab cantuman betul. Heheh….. Hati dah berbunga balik. Nama kek ni kalau tak silap la Kek Lapis Kajal. Kak Rose ni suka tengok citer petang2 kat TV. Tu dapat nama pelik-pelik untuk kek dia.
3rd cake lagi senang. Nama tak ingat tapi rasanya kak Rose letak nama anak dia. Best buat yang ni. Macam letak sos burger lak. Main pancit-pancit. Gumbira lak rasa hati ni. la la la....
4th cake lagi senang. bancuh dan campak jer biskut. Lepas tu kukus. Rasanya sangat la sedap. Best sangat. So Min tanya Kak Rose, ngapa tunjuk buat yang susah dulu. Dia kata sebab yang susah ambik masa sikit. kalau buat last nanti kena tido kat rumah dia pulak. Betul gak....apa la kau ni Min.
Balik jer kat rumah, 1st person yang bagi compliment of course le bonda kesayangan. Masa tu hubby tak balik lagi. Bermula la sessi jawap menjawap dengan my 3 prince, Aiman, Ariff and Aqiel. Nasib baik princess Areej Alayna tak pandai cakap lagi. Antara pertanyaan dari mereka:-