Anak-anak asyik komplen je. "Asyik2 mak buat kek keras. Kitaorang tak bole makan." Buat la kek spiderman ke, batman ker....amboi, demand pulak budak ni. Mak dia dah la brutal lagi keras tangan. Buat cupcake pun syok sendiri je. Senget sini sana.
Kesian pulak kat bebudak ni. Kek fondant biru ari tu pun sampai sudah tak dipotong. Siap letak dalam almari lagi.
Join lagi kelas sifu Zati hanya untuk puaskan hati anak. Kali ni ada geng, cikjija. Sweet orangnya. Kelas cartoon artwork. Sebelum belajar, ingatkan freehand lukis atas kek. Lepas dah tau teknik yang Zati ajar, laaa....senang je rupanya. Senang pun senget jugak kek Ben10 dikerjakan oleh Min. Tengok, ambik gambar pun sengget. Trademark tu.
Seperti yang dijangka, anak2 excited giler. Kebetuan cousin datang kerumah dgn askar2nya. Siap nyanyi lagu Hepi Besday masa nak potong kek. Takde apa yang mengembirakan seorang ibu selain melihat kegembiraan anak2. Pujian dari anak cukup mengembangkan hati ibu yang memang dah kembang. Tak sampai 10 minit kek tu dah licin. Hanya kerana BEN10. Once again, thanks Zati.
No comments:
Post a Comment